PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) tidak seharusnya merasa ‘megah’ dengan sokongan di media sosial, sebaliknya bekerjasama dengan Putrajaya jika prihatin kepentingan rakyat, kata penganalisis politik.
Salawati Mat Basir dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata ‘suara’ di alam maya yang mahukan perubahan pemerintahan kerajaan Pusat seperti didakwa Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin bukan platform demokrasi sesuai iaitu pilihan raya umum.
“Media sosial bukan satu sentimen yang sah keabsahannya sebagai kayu ukur kepada mereka (PN) mengambil alih kerajaan, kalau tukar sekarang bayangkan apa bakal terjadi kepada negara kita.
“Mungkin mereka tidak suka dengan kerajaan hari ini, tetapi demi rakyat mengapa tidak bekerjasama dengan untuk memajukan Malaysia bersama-sama,” katanya kepada FMT.
“Semua saling bertekak sedangkan negara lain berfikir bagaimana ke hadapan. Sekarang patut fikirkan cara tangani keadaan gawat dan pulihkan ringgit.”
Semalam, Hamzah mendakwa majoriti rakyat mahu mereka mengambil alih tampuk pentadbiran Putrajaya, merujuk sentimen itu berdasarkan suara di media sosial.
Dakwanya, orang ramai menyuarakan pendapat mereka di media sosial dengan mendakwa kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim gagal menyelesaikan isu berkepentingan rakyat.
Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya menyifatkan dakwaan PN berkenaan sebagai propaganda semata-mata dengan mengambil kira prestasi parti itu yang tidak begitu cemerlang buat masa ini.
“Tak munasabah untuk menyatakan pendapat majoriti pengundi sedangkan ia mungkin sekadar sentimen sesetengah pihak yang ada kepentingan khususnya yang dekat dengan parti politik kepartian.
“Terdapat pelbagai suara di media sosial tapi saya kira lebih ramai yang ‘selesa’ dengan kerajaan perpaduan berdasarkan suara terlalu minimum yang cuba mempertikaikan Belanjawan 2024 yang dikemukakan baru-baru ini,” katanya.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment