NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKR sedia menangkan PRK Kemaman, kata Amirudin



PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Amirudin Shari berkata partinya bersedia membantu Barisan Nasional (BN) menjelang PRK Kemaman, pada 2 Dis.

Beliau berkata, PKR akan membantu calon BN dan jenteranya, terutama di Chukai, satu daripada empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen itu.

“Sebenarnya, PKR mempunyai beberapa ‘base’ (di Kemaman) yang besar, sebab kita pernah jadi sepenggal (pada PRU10) mewakili kawasan tersebut,

“Jadi, insya-Allah kita akan cuba bantu memberikan kemenangan kepada kerajaan perpaduan,” katanya selepas menghadiri rumah terbuka Deepavali.

Calon PKR, Abdul Rahman Yusof menang kerusi Kemaman pada PRU10 1999, selepas menumpaskan wakil BN, Wan Zaki Wan Muda dengan 1,525 undi majoriti.

Semalam, Pengerusi BN Zahid Hamidi memberi bayangan Umno akan meletakkan calon langsung pada PRK Kemaman.

Beliau yang juga presiden Umno, berkata kaedah itu pernah digunakan BN pada pilihan raya terdahulu dan diterima baik. Mengikut sistem itu, calon dipilih tanpa mengambil kira hierarki dalam parti.

BN dijangka mengumumkan calon pada PRK Kemaman, esok.

PRK Kemaman diadakan susulan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu memutuskan pada 26 Sept membatalkan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN), Che Alias Hamid, pada PRU15.

Mahkamah membatalkan kemenangan selepas didapati pemberian bantuan i-Belia dan i-Siswa kepada pengundi ketika kempen dianggap rasuah.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo