NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pimpinan negeri ambil alih pengurusan Bersatu Kuala Kangsar, Labuan – Hamzah



KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan badan pimpinan negeri mengambil alih pengurusan Bahagian Kuala Kangsar dan Labuan, yang mana kedua-dua Ahli Parlimennya mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan, keputusan itu dibuat sementara menunggu keputusan dibuat Lembaga Disiplin terhadap kedua-dua ketua bahagian tersebut.


“Seluruh Ahli Parlimen Bersatu kekal istiqamah bersama kepimpinan Presiden Muhyidin Yassin dan sebarang cubaan pihak luar untuk memecah-belahkan kesatuan parti melalui tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Labuan tidak akan berjaya.

“Justeru, Bersatu tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku disiplin dalam kalangan ahli, khususnya membabitkan Ahli Parlimen mahu pun ADUN,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 30 Oktober lalu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengikut jejak Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang menyatakan sokongan kepada Anwar dengan masing-masing sedia berdepan tindakan daripada parti mereka.

Dalam pada itu, menurut Hamzah lagi, Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin dilantik sebagai Ketua Bersatu Wilayah Persekutuan, berkuatkuasa serta-merta menggantikan Suhaili. – MalaysiaGazette



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo