NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang sokong PM, bukan reform dijanji Anwar, kata KJ

Khairy Jamaluddin berkata Anwar Ibrahim ketika menjadi pembangkang sering melaungkan untuk melaksanakan reformasi institusi. 


PETALING JAYA: Tindakan meluluskan peruntukan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) hanya selepas mereka menyokong perdana menteri bertentangan dengan janji Anwar Ibrahim melaksanakan reformasi institusi.

Merujuk pengesahan Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman berhubung perkara itu, bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin melihatnya sebagai bukan satu perubahan sering dilaungkan Anwar ketika di blok pembangkang.

“Bagi saya itu bukan reformasi institusi, sepatutnya perlu bagi kepada semua…bukan kerana perlu datang jumpa PMX, kata jangan sombong dan bincang elok-elok.

“Kalau reformasi institusi, selagi dia wakil rakyat yang sah dipilih dalam dalam PRU atau PRK…beliau layak terima peruntukan sama rata,” katanya pada Podcast Keluar Sekejap dikendalikannya bersama bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan.

“Inilah perkara dibangkitkan PM dan rakan-rakan beliau dalam Pakatan Harapan sewaktu jadi pembangkang. Boleh rujuk hansard, manifesto dan ceramah beliau.”

Rabu lalu, Suhaili mengesahkan sudah menerima peruntukan bagi kawasannya selepas menyatakan sokongan kepada Anwar.

Hujung bulan lalu Ahli Parlimen Bersatu itu mengisytiharkan sokongan kepada Anwar selepas mengambil kira semua permasalahan rakyat Labuan yang berdepan kos sara hidup yang semakin tinggi, serta masalah bekalan air dan elektrik di sana.

Selain Suhaili, turut menyokong pentadbiran Anwar adalah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Zahari Kechik (Jeli).

Sementara itu, Khairy menyifatkan keputusan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq sebagai “berprinsip” kerana melepaskan jawatan presiden Muda sehingga proses undang-undang membabitkannya selesai.

Khairy turut mengakui sedih dan bersimpati terhadap Syed Saddiq berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskannya bersalah atas empat pertuduhan berkaitan rasuah, semalam.

“Saya tahu ini proses undang-undang dan telah melalui perbicaraan mahkamah, hakim dah buat keputusan. Saya tak gemar dengan Syed Saddiq dulu, tapi saya sedih,” katanya.

Semalam, Hakim Azhar Abdul Hamid berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Ahli Parlimen Muar itu melampaui keraguan munasabah.

Azhar menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo