Gesaan dibuat kepada kerajaan campuran supaya mengambil langkah membatalkan penganjuran program ratu cantik, Miss World Noble Queen International 2023.
Dewan Ulama PAS Pusat dalam satu kenyataan menyifatkan program melibatkan agensi kerajaan, Tourism Malaysia itu yang dijadualkan pada Disember ini tidak wajar diteruskan diadakan dalam negara.
Ketuanya, Datuk Ahmad Yahya berkata program tersebut memberi imej buruk kepada negara ditengah-tengah krisis dihadapi umat Islam di Palestine ketika ini.
“DUPP berpandangan program sedemikian bukan sahaja memberikan imej buruk kepada negara kita, bahkan sangat tidak bertepatan dalam suasana kesengsaraan yang menimpa saudara kita di Palestin.
“DUPP sependapat dengan beberapa orang Mufti yang memberikan pandangan bahawa sebarang program hiburan yang melalaikan termasuklah konsert Coldplay tidak patut dibenarkan dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Malah, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Luqman Abdullah turut menggesa penganjur membatalkan konsert Coldplay.
Dalam pada itu, Ahmad berkata, penganjuran itu bukan sahaja memberikan imej buruk kepada Malaysia, malah dianggap sangat tidak bertepatan dengan situasi semasa dan kesengsaraan yang menimpa saudara seagama di Palestin.
“Oleh yang demikian, kami sekali lagi mendesak kerajaan supaya segera membatalkan program ratu cantik ini selain mengeluarkan satu pekeliling,” katanya.
Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi pertandingan ratu cantik Miss World Noble Queen pada bulan depan selepas tiga tahun menyepi akibat pandemik Covid-19.
Kali terakhir ia diadakan pada tahun 2019 di Hong Kong dan dimenangi wakil Perancis, Sonia Mansur.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment