NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Musim banjir: Kelantan, Terengganu buat persediaan rapi

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara sebelum ini meramalkan banjir akan melanda beberapa daerah di Terengganu dan Kelantan susulan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi.(Gambar Bernama)



PETALING JAYA: Kelantan membuat persiapan rapi termasuk membaik pulih pusat pemindahan sementara (PPS) dan menyediakan simpanan makanan sebagai persediaan berdepan musim banjir di negeri itu.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Rohani Ibrahim berkata, sebanyak 456 PPS sedia dibuka pada bila-bila masa yang mampu menempatkan hampir 200,000 mangsa banjir.

“Selain itu, setiap jajahan telah diminta untuk membaik pulih PPS aktif yang telah dikenal pasti dan memerlukan pembaikan.

“Pada masa ini kerja-kerja pembaikian di 119 PPS lagi sedang giat dilaksanakan yang dijadualkan siap sebelum akhir November dengan kos lebih kurang RM2.5 juta yang disalurkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma),” katanya kepada FMT.

Katanya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jajahan serta semua peringkat bilik operasi dan agensi menyelamat juga giat membuat persiapan menghadapi musim banjir.

“Dari segi persiapan bekalan makanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan sebuah depot simpanan keperluan bencana, 16 stor bencana negeri, daerah, mini depot, kontena dan 160 pengkalan hadapan di seluruh negeri.

“Dari segi persediaan sumber tenaga kerja, aset dan peralatan, seramai 7,147 petugas yang terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM), Bomba, polis, Rela, tentera dan 10 agensi lain bersedia untuk digerakkan,” katanya.

Katanya, Kelantan juga telah membangunkan Sistem Pengurusan Bencana Negeri Kelantan (e-Bencana) dengan menaiktaraf sistem e-Banjir yang dilancarkan pada 7 Feb lalu, bertujuan memudahkan proses memberi bantuan.

Sementara itu, Exco Terengganu, Hanafiah Mat berkata sebanyak 590 buah PPS merangkumi pelbagai kategori sedia dibuka di negeri itu bagi menghadapi monsun timur laut dan PPS itu mampu menempatkan 147,590 orang.

Terdahulu Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran meramalkan banjir akan melanda beberapa daerah di Terengganu dan Kelantan mulai hari ini susulan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo