NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mursyidul am PAS cadang calon Bersatu bai’ah jika mahu tanding lambang bulan

Mursyidul Am PAS Hashim Jasin mencadangkan calon Bersatu membuat bai’ah jika bertanding atas lambang partinya, dalam usaha mencegah peralihan sokongan.



PETALING JAYA: Mursyidul am PAS mahu calon pilihan raya daripada Bersatu membuat perakuan sumpah setia atau bai’ah, jika bertanding atas lambang bulan pada masa depan.

Hashim Jasin membuat cadangan itu selepas dua Ahli Parlimen Bersatu yang bertanding atas lambang PAS pada PRU15 menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) bertanding di Kelantan pilihan raya lalu, di mana masing-masing menang dengan majoriti 163 undi dan 12,464 undi.

Hashim percaya bai’ah boleh membantu usaha mencegah peralihan sokongan kepada parti lawan.

“Kita jangka dah… kita buat bai’ah pun kerana kita nak jaga yang lompat-lompat ini, supaya kita bukan sahaja bertanggungjawab dengan baiah dan manusia tetapi dengan Allah,” katanya kepada FMT.

“Kalau kita mungkir terpulang dekat Allah,” tambahnya.

Hashim berkata PAS sebelum ini tidak mensyaratkan calon Bersatu yang ingin bertanding atas lambangnya berbuat demikian, bagaimanapun situasi ketika ini menyebabkan ia perlu.

Laporan media sebelum ini mengaitkan amalan bai’ah dengan calon-calon pilihan raya daripada PAS, yang merupakan antara parti yang paling lama bertahan.

Beliau tidak mahu membincangkan tindakan Azizi dan Zahari dari segi agama, namun berkata ia bertentangan dengan persetujuan asal.

Tegasnya, mereka yang menang atas sokongan kepada PAS sepatutnya menunjukkan ketahanan apabila berdepan ujian, sepertimana yang ditunjukkan oleh para wakil rakyat partinya.

“PAS izinkan dia bertanding, takkanlah yang tersirat macam tu dia tak boleh faham?” katanya.

Hashim percaya tindakan sedemikian hanya akan menjejaskan peluang mereka pada masa akan datang.

“Rakyat yang diwakili dah tahu tingkah laku mereka, tak boleh kena ujian sikit,” katanya.

Selain Azizi dan Zahari, dua lagi Ahli Parlimen daripada Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Anwar iaitu Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo