NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MP PN sokong Anwar: Operator umpan projek, kena ‘shopping’



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendedahkan bagaimana Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) diumpan untuk menyokong Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Cerita dia panjang. Ramai daripada Ahli-ahli Parlimen BERSATU khususnya, telah dikenal pasti oleh operator-operator dengan menawarkan pada permulaannya, projek-projek pembangunan di kawasan masing-masing. 

“Ada yang melalui e-mel, melalui WhatsApp ya dan ada yang dah bersemuka sepertimana yang telah tersebar video, datuk botak itu, yang dikesan dapat berjumpa dengan Ahli Parlimen Langkawi dengan Jeli. 

“Kami rakam kami ada gambar, ada bukti semua. Dan dia dah study prosedur profesional. Setiap kawasan-kawasan Parlimen ni, apa masalah-masalah dan potensi-potensi. Tapi itu semua hanyalah orang kata apa? Umpan!

“Umpan sebenarnya dia gunakan itu untuk mendapatkan sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen kami dengan membawa tawaran peruntukan Ahli Parlimen, ICU itu dan juga habuan berbentuk tunai, jadi itu yang kami terima. 

“Kami terima panggilan perjumpaan dan sebagainya. Jadi semua itu bukan fiksyen sebab dah banyak 10 orang Ahli Parlimen kami di mana depan saya ni semua dah kena, didekati oleh operator-operator yang kita sebut tadilah,” ujarnya.

Perkara tersebut dinyatakan oleh beliau semasa mengadakan sidang media khas yang turut disertai ramai Ahli-ahli Parlimen PN di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau memberikan contoh yang dialami Ahli Parlimen Besut….. Di mana telah di hampiri operator berkenaan dengan tawaran projek pembangunan berupa hotel resort untuk dibangunkan di Besut. 

Kata Ahmad Fayhsal, sepatutnya dengan laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerajaan bertindak tegas terhadap operator-operator tersebut.

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim dalam pada itu menyangkal kononnya pihak PN menolak rundingan berkaitan peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang.

“Patutnya kerajaan dah ada kedudukan yang kukuh, katanya melebihi 140 sepatutnya tak perlu. Kenapa masih lagi berlaku perkara-perkara begini? Tak yakinkah? Mungkin dia akan jatuh bila-bila masa? 

“Walaupun ada sebab tu dia mula shoppingThis is my my personal statement you know, my personal statement, kenapa dia shopping? Sedangkan dikatakan dia sudah ada 2/3 majoriti 148 sit in our house in Parlimen.

“So kalau begitu, tak perlulah just mantapkan 148 sudahlah. Bawalah undang-undang yang yang memerlukan dua pertiga kalau dia anak jantan. Kalau dia yakin, bawalah. Itu, itu, itu cabaran kita. Kalau dia yakin dengan yang dia ada,” ujarnya.

Awang juga menambah, empat Ahli Parlimen PN yang mengisytiharkan sokongan kepada Anwar itu dahulu merayu untuk menjadi calon, kini berpaling kononnya untuk kepentingan rakyat.

“Apa yang dia beri, sekarang ni bila dapat duit tolong check tengok. Tanya balik mereka yang empat orang ni. Apa yang mereka apa ni buat projek ataupun pembangunan kerana rakyat nak pembangunan. Apa yang dia buat setelah dapat? 

“Kalaulah mereka dapat segala peruntukan ini kerana mereka kata ini adalah kerana keluhan rakyat. Apa yang mereka buat apa kaedah dia? Bagaimana bentuk mekanisme yang digunakan duit yang mereka dapat ni untuk apa ni memenuhi hasrat rakyat. Kalau ada. 

“Saya rasa itu cuma alasan aja. Sebab kami dah lama tak ada duit pun tapi okey. Kami boleh turun servis pada rakyat terang cerita. Apa yang sedang berlaku. Ni rakyat tak ada masalah. Rakyat faham. 

Ahmad Fayhsal bagaimanapun menegaskan bahawa keempat-empat Ahli Parlimen tersebut sebenarnya ditekan hingga berbuat pengisytiharan menyokong Anwar.

We know for a fact di kalangan empat orang ni ada yang mereka ditekan ada dures. Ya memang berlaku sebenarnya. Sepertimana yang dikenakan terhadap Ahli-ahli Parlimen yang lain.

“Pagoh, Tasek Gelugor, Larut, tekanan-tekanan melibatkan LHDN, melibatkan kes-kes mahkamah yang direka,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 14/11/2023 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo