NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MP Bersatu sokong PM tetap dianggap katak

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menyelar tindakan ahli parlimen pembangkang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan Akmal meminta perdana menteri menilai semula sokongan ahli parlimen terbabit agar agenda reformasi parlimen dapat dilaksanakan dan mencapai tujuan.

"Cukup-cukuplah dengan drama politik sebelum ini, rakyat sudah penat dan muak dengan drama politik tersebut.

"Kini adalah masa untuk fokus membantu rakyat," katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Malaysiakini semalam melaporkan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik menjadi ahli parlimen Bersatu keempat mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

Sama seperti tiga ahli parlimen yang lain, Zahari berkata dia berbuat demikian demi kebajikan dan kepentingan rakyat.

Ahli Parlimen Bersatu yang mengambil langkah serupa ialah Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Bersatu sebelum ini menggantung keahlian Suhaili dan Iskandar.

Sementara itu Akmal berkata, akta anti lompat parti sebelum digubal bagi menghalang ahli politik melompat parti sesuka hati agar tiada drama politik berpanjangan dan wakil rakyat boleh fokus kepada khidmat mereka untuk membantu rakyat.

"Tetapi rupa-rupanya walaupun akta anti lompat parti telah diluluskan katak-katak ini tetap melompat menggunakan nama yang lain sahaja iaitu menyokong kerajaan tanpa keluar parti.

"Jadi nama yang digunakan walaupun berbeza tetap sama tujuannya untuk katak-katak ini melompat," tambahnya dalam catatan Facebook.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Perikatan Nasional Hamzah Zainudin berkata gabungan itu sedang mengumpul maklumat sebelum membuat laporan polis berhubung dakwaan anggota parlimennya dipaksa menyokong Anwar.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Bersatu Wan Saiful Wan Jan pula mendakwa politik wang semakin berleluasa dan menganggap Anwar sebagai puncanya.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo