NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MP Bersatu beralih sokongan, Kamaruddin dakwa ada 'urusetia'



KOTA BAHRU - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor tidak terkejut dengan tindakan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik yang mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.

Beliau berkata, tindakan itu seolah-olah memperlihatkan ada 'urusetia' apabila kenyataan yang dibuat hampir sama dengan Ahli Parlimen Gua Musang.

"Melihat kepada bentuk kenyataan itu dapatlah disimpulkan ada 'urusetia' yang menguruskan perkara ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian selepas diminta mengulas tindakan Zahari yang secara terbuka menyokong Anwar.

Menurut beliau, sebelum ini semua ahli Parlimen Bersatu termasuk kedua-dua individu tersebut telah bertemu dengan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu.

Ujarnya, kedua-dua ahli Parlimen itu sudah mendengar pesanan dan peringatan daripada pucuk pimpinan tertinggi parti.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan Mohd Azizi daripada Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasannya terbela selain terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.

Pada Rabu, Zahari pula mengisytiharkan sokongan terhadap Anwar.

Kata Zahari, ia susulan permasalahan kos sara hidup dan himpitan keperluan asas yang dihadapi rakyat di kawasan tersebut termasuk isu pembangunan.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo