NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mekanisme lantik KP SPRM sedang dikaji semula

SPRM sedang mengkaji semula mekanisme pelantikan ketua pesuruhjayanya melalui libat urus dengan pemegang taruh dan kajian perbandingan.


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi berkaitan sedang mengkaji semula mekanisme pelantikan ketua pesuruhjaya badan anti-rasuah itu, antaranya ia perlu melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata penambahbaikan mekanisme itu dijangka akan melibatkan pindaan Perlembagaan, selain Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.


Katanya, SPRM mengadakan beberapa sesi libat urus serta memperoleh pandangan awal daripada pemegang-pemegang taruh seperti Jabatan Audit Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Badan anti-rasuah itu juga membuat kajian perbandingan dengan melihat kaedah pelantikan ketua-ketua agensi pencegahan rasuah di negara-negara jiran.

“Sesi libat urus ini akan diteruskan dengan Jabatan Peguam Negara bagi meneliti kebolehlaksanaan cadangan ini,” katanya dalam jawaban bertulis.

Azalina menjawab pertanyaan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang ingin tahu kesediaan kerajaan melaksanakan janji Pakatan Harapan berkenaan pelantikan ketua pesuruhjaya SPRM, iaitu ia perlu disemak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo