NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Matlamat halalkan cara’, Dr M ulas kerjasama dengan DAP, PAS

Dr Mahathir Mohamad dalam audio siar Keluar Sekejap, berkata musuh kepada musuh adalah kawan. (Gambar Facebook Keluar Sekejap)


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata hubungan dan kerjasama terjalin antaranya dulu dengan DAP atas matlamat sama bagi menjatuhkan Najib Razak pada PRU14.

“Apabila kita berjuang, musuh kepada musuh adalah kawan. Kita nak DAP umpamanya untuk mendapatkan majoriti. Kalau saya tak guna DAP kita tidak akan dapat majoriti dan Najib akan terus jadi perdana menteri.

“Antara DAP dengan Najib, yang mana satu perlu kita singkirkan dan lawan? Dan saya sedar DAP juga guna saya sebab mereka turut mempunyai matlamat sama bagi menjatuhkan Najib,” katanya dalam audio siar Keluar Sekejap.

Beliau berkata demikian susulan bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan mempersoalkan pendiriannya tidak konsisten dalam menjalin hubungan antara DAP dan juga PAS.

“Kita kena tahu dalam keadaan ini perlu dibuat, kita perlu tukar. Suatu masa dahulu, saya perlukan DAP untuk menjatuhkan Najib. Sekarang ini jika tiada masalah dan saya dapati tiada pilihan lain selain kerjasama dengan PAS. Matlamat mereka pun sama.

“Pada tahap tertentu perlu kita pegang kepada ‘matlamat menghalalkan cara’. Memang kalau kita nak capai sesuatu, kalau kita terikat dengan ikatan lama kita tidak akan berjaya,” katanya.

Terdahulu, Mahathir mengasaskan Bersatu pada 2016 selepas keluar Umno dan kemudian menyertai Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP, dan Amanah.

Mahathir kemudian menjadi perdana menteri apabila gabungan itu berjaya mendapat kemenangan dalam PRU 2018.

Kini, Mahathir dilantik sebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir PAS atau dikenali sebagai “SG4”.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo