SHAH ALAM - Semua ahli Parti Amanah Negara (Amanah) digesa untuk membetulkan pemikiran rakyat yang didakwa telah dicemari dengan persepsi 'Islam terancam'.
Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, tugas yang dipikul untuk membetulkan semula pemikiran itu amat berat.
“Kita ada masa empat tahun untuk menstabilkan kembali politik negara dan mengubah persepsi terhadap kerajaan Perpaduan sekarang.
“Insya-ALLAH saya berkeyakinan dengan kerjasama daripada parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan yang dilihat semakin kukuh, sokongan orang Melayu dan kakitangan kerajaan akan kembali kepada kita,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu.
Beliau menyampaikan pesanan itu sewaktu hadir merasmikan mesyuarat tahunan Amanah kawasan Temerloh yang diadakan di Dewan Ramin, Hotel Green Park, Pahang.
Tambah Mohamad, sokongan orang Melayu dan kakitangan kerajaan akan diperoleh semula sekiranya semua parti berganding bahu dalam usaha mengembalikan pemikiran positif rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.
Dalam pada itu, beliau meminta perwakilan memilih pemimpin yang terbaik untuk menerajui kepimpinan parti tersebut di Temerloh.
"Saya mengucapkan selamat bermesyuarat kepada seluruh perwakilan dan buatlah pilihan yang terbaik untuk memilih pemimpin di peringkat kawasan Temerloh ini,” ujarnya.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment