NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kumpulan anti vaksin beri tempoh 14 hari, tolak IHR WHO

Sekumpulan individu yang hadir pada himpunan Sekretariat Bantah kerajaan teruskan International Health Regulations (IHR) anjuran World Health Organization (WHO) ketika di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 NOVEMBER 2023.




KUALA LUMPUR – Kumpulan anti vaksin memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan untuk menolak Triti Pandemik Perjanjian Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO CA+) dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005).

Jurucakap Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Zulkifli Hasan berkata, sekiranya kerajaan gagal berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak untuk membuat bantahan secara besar-besaran di hadapan Bukit Aman.

“Kita akan berhimpun lagi dengan lebih besar kalau kerajaan tak dengar suara kita, kita tak nak ganggu kerajaan, apabila kerajaan mengancam nyawa kita, kita terpaksa lawan.

“25 November ini hari terakhir bagi kerajaan untuk hantar surat kepada WHO supaya ditolak langsung IHR ini.

“Kita tak boleh lagi duduk dalam WHO kerana hospital tidak selamat, hospital tidurkan pesakit tanpa izin dan hospital jadi tempat uji kaji ubat.

“Kita bukan tikus makmal, mereka kena uji ubat mereka pada binatang dahulu, baru cucuk rakyat Malaysia,” katanya kepada MalaysiaGazette di luar pekarangan Bukit Aman, di sini, hari ini.

Terdahulu Mohd Zulkifli bersama kira-kira 30 individu dipercayai daripada kumpulan anti vaksin berhimpun di luar pekarangan Bukit Aman untuk menghantar memorandum bantahan kepada Ketua Polis Negara.

Bagaimanapun kumpulan anti vaksin itu hampa apabila dimaklumkan pegawai perhubungan awam pejabat Ketua Polis Negara tidak dapat menerima memorandum tersebut kerana sedang bercuti.

Dalam pada itu, kumpulan anti vaksin menggesa Ketua Polis Negara dan timbalannya menyiasat 500 laporan polis yang dibuat mereka sebelum mengenai ancaman IHR kepada kedaulatan negara.

“Orang hilang pun polis periksa, tapi kita hampir nak hilang negara dengan IHR ini, negara, agama dan bangsa kita akan terjejas, tapi tiada siasatan.

“Kami ini rakyat Malaysia, bukan pendatang tanpa izin, kami mengharapkan Ketua Polis Negara dan Datuk Seri Ayob Khan siasat perkara ini.

“Kalau tidak kita akan dijajah zionis melalui IHR, kita semua agama kita habis, negara kita habis, kita akan dipaksa vaksin, kita akan dipaksa lockdown dan ini kita tidak mahu,” katanya.

Zulkifli juga mencabar Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa untuk membuktikan Artikel 59 IHR boleh ditukar selepas Malaysia meratifikasi perjanjian itu.

“Pada 30 November 2023, tarikh akhir untuk kita buat bantahan, jadi kita minta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ambil berat ini, negara kita nak tergadai dengan zionis, kenapa kamu tak boleh hantar satu surat tolak IHR ini.

“Kalau tidak, Ahli Parlimen kena bentangkan Artikel 1, Artikel 2, Artikel 3 dan Artikel 12 yang mengancam negara ini.

“Jangan dijawab negara ini selamat, saya jaga keselamatan, akhirnya kita terjual. Mereka tak jawab sampai sekarang, ini kerja ahli Parlimen kami,” katanya lagi. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo