NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kuasa mahkamah syariah mahu dikecilkan lagi




KOTA BHARU: Mahkamah Syariah yang kecil bidang kuasa di negara ini hanya berkaitan kehidupan orang Islam sekarang dicabar lagi untuk terus memperkecilkan lagi peranannya.

Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihak terbabit cuba memperkecilkan kuasa Mahkamah Syariah menggunakan saluran mahkamah sivil.

Katanya mereka meneruskan langkah peninggalan penjajah dengan cuba menggantikan peranan mahkamah syariah.

“Mereka dipercayai akan terus bergerak ke negeri negeri lain untuk mencabar mahkamah syariah sekiranya berjaya mencabar kuasa mahkamah syariah di Kelantan,” katanya ketika menyampai kuliah pada munajat pertahan Enakmen Syariah di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini.

Menurutnya juga ketika sebelum era kedatangan penjajah undang-undang Islam diamalkan di Tanah Melayu.

Namun katanya undang-undang Islam diganti dengan perundangan dari Barat selepas penjajah menguasai negara ini. – HARAKAHDAILY 18/11/2023



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo