NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Konflik Palestin-Israel: Hizbollah lancar roket sasar kem tentera Israel

BEIRUT – Kumpulan pejuang Hizbollah di Lebanon melancarkan beberapa siri serangan terhadap askar Zionis di utara Israel semalam dalam apa yang digambarkan oleh media Israel sebagai ‘paling sengit dan ganas’ sejak serangan ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu, lapor laman berita Al Mayadeen.

Kumpulan itu mengeluarkan kenyataan berasingan bagi memberitahu bahawa sebanyak lapan operasi berbeza terhadap beberapa pangkalan tentara Israel dilancarkan menggunakan pelbagai senjata dan kaedah.

Ia dilakukan sebagai tanda menentang pencerobohan kejam Rejim Zionis yang berterusan di Gaza.

Hizbollah memulakan operasi sekitar  pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) dengan menyasarkan Berek Zebdine di Ladang Shebaa, Lebanon dengan menggunakan roket.

Salah satu operasi paling penting pada hari itu berlaku antara pukul 8 pagi hingga 8.20 pagi (waktu tempatan) apabila pergerakan tersebut melancarkan dua operasi roket berasingan.

Rakaman video yang diedarkan selepas serangan itu menunjukkan bahawa lokasi di kebanyakan serangannya musnah.

Selain itu, bedilan meriam yang dilancarkan oleh Hizbollah pada pukul 10.15 pagi (waktu tempatan) menyasarkan lokasi perhimpunan dan penempatan infantri Israel berhampiran pangkalan tentera al-Dhayrah.

“Ia turut membawa kepada kesan secara langsung,” kata Hizbollah. – AGENSI

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo