NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Madani gagal pertahan GEG, KJ ucap tahniah kepada industri tembakau dan vape



  • Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dengan sarkastik mengucapkan tahniah kepada industri tembakau dan vape susulan pengguguran dasar generasi penamat (GEG).
  • Khairy berkata GEG digugurkan kerana lobi yang kuat daripada ‘Big Tobacco’, bukan disebabkan hujah undang-undang dikemukakan Peguam Negara yang antaranya mengatakan dasar itu tidak berperlembagaan.
  • “Sekarang, ia (GEG) telah digugurkan. Penjualan vape akan dikawal bagaimanapun kami gagal merealisasikan undang-undang yang penting untuk kesihatan awam.” 
  • “Saya telah mematahkan hujah itu. Apa pun tahniah kepada industri besar tembakau dan vape. Anda telah menang,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa mengulas artikel bertajuk, ‘RUU Kawalan Produk Merokok dijadual dibentangkan hari ini’.

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dengan sarkastik mengucapkan tahniah kepada industri tembakau dan vape susulan pengguguran dasar generasi penamat (GEG).

Khairy berkata GEG digugurkan kerana lobi yang kuat daripada ‘Big Tobacco’, bukan disebabkan hujah undang-undang dikemukakan Peguam Negara yang antaranya mengatakan dasar itu tidak berperlembagaan.

“Sekarang, ia (GEG) telah digugurkan. Penjualan vape akan dikawal bagaimanapun kami gagal merealisasikan undang-undang yang penting untuk kesihatan awam.

“Kabinet menggunakan hujah yang dikemukakan oleh Peguam Negara yang mengatakan bahawa GEG tidak berperlembagaan.

“Saya telah mematahkan hujah itu. Apa pun tahniah kepada industri besar tembakau dan vape. Anda telah menang,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa mengulas artikel bertajuk, ‘RUU Kawalan Produk Merokok dijadual dibentangkan hari ini’.

Mengulas lanjut, Khairy menyifatkan hari ini sebagai menyedihkan kerana beliau yang memperkenalkan GEG untuk kesihatan awam sebelum ini.

Katanya, RUU itu sudah dibawa ke Parlimen dengan mengandungi GEG dan langkah mengawal penjualan vape serta mendapat sokongan kelompok kesihatan awam, bagaimanapun kini ia digugurkan.

“Jangan sesekali beranggapan GEG digugurkan kerana beberapa alasan pincang oleh hujah undang-undang dikemukakan Peguam Negara. 

“Peguam ketawa dengan kenyataan bodoh itu. Tidak, GEG digugurkan kerana lobi yang kuat dari Big Tobacco,” katanya.

Khairy bagaimanapun tidak melihat ‘kemenangan’ industri tembakau dan vape itu sebagai pengakhiran, sebaliknya beliau yakin kesihatan awam akan menang pada masa akan datang.

“Ini belum berakhir. Satu hari, kesihatan awam akan menang,” katanya.

Badan pemerhati kesihatan CodeBlue sebelum ini melaporkan kabinet memutuskan untuk menggugurkanperuntukan larangan tembakau dan vape generasi akhir (GEG) daripada RUU Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023.

Ini kerana peguam negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berpandangan cadangan kohort atau larangan berdasarkan umur yang bertujuan untuk mengharamkan produk tembakau dan vape bagi mereka lahir bermula 1 Januari 2007 sebagai tidak berperlembagaan.

Terbaharu, media melaporkan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa membentangkan versi semakan RUU Kawalan Produk Tembakau Demi Kesihatan Awam untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini

Dr Zaliha memberitahu Dewan, RUU tersebut akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada esok. — The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo