NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan hari ini kerajaan yang sangat gagal - MP Padang Terap

kerajaan hari ini kerajaan yang sangat gagal, tidak kompeten dan kerajaan yang sangat lemah:

1. Kejatuhan nilai RM terburuk, tetapi kerajaan relax saja,berkali-kali meletakan faktor global antrabangsa dan menafikan kelemahan kerajaan.

2. Hari ini Menteri hadir lewat sehingga soalan jawab lisan di parlimen kena skip oleh Speaker.

3. Beberapa kali sidang dewan tidak cukup korum.

4. Menteri bukan portfolio terpaksa menjawab soalan di kamar khas.

5. Kehadiran Menteri Timbalan Menteri sangat sedikit sepanjang sidang bajet ini kecuali ketika PMX hadir.

6. Kekosongan Menteri KPDN masih gagal di isi walaupun setelah 3 bulan, semua parti PH BN dok berebut kerusi tu ke?

7. Kerajaan Pmx dimalukan apabila Sarawak menolak arahan PM tentang pengunaan BM sebagai bahasa rasmi kerajaan.

8. DAP sanggah minggu Solidariti Palestin.

9. Seramai 12 MP PKR vs Menteri KPM isu minggu Solidariti Palestin.

10. DAP Bagan mendesak Menteri tentang sekolah vernakular.

11. Menteri jadikan rakyat tikus makmal isu subsidi ayam, kalau ayam mahal subsidi bersasar baru akan dilaksanakan dengan sistem PADU yang entah bila akan siap.

12. Kerajaan sentiasa menafikan keadaan sebenar ekonomi rakyat mahrean yang semakin teruk.

13. Dasar gaji progresif yang dilaung2kan tidak masuk dalam dasar Belanjawan 2024, alasan buku dasar tebal sangat.

14. Konon nak angkat agenda kebebasan media , tetapi bila dah berkuasa cadang nak buat lesen kepada media sosial.

15. Menteri Perlancongan kata dia mabuk tak apa sebab dia bukan islam, persoalanya sekarang didalam PH memang terima ka menteri tidak berakhlak macam ni?

16. KPM keluarkan poster Do’s N Don’ts Minggu Solidariti Palestin yang menimbulkan polimik dan kerisauan awam.

Saya ada banyak lagi senarai , nampaknya rakyat tidak perlukan lagi kerajaan gagal sebegini.

YB USTAZ NURUL AMIN HAMID
Ahli Parlimen Padang Terap

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo