NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan Alexander prejudis dan naif – NGO



  • Tindakan menyifatkan pelarian Palestin mempunyai kaitan dengan keganasan dan kebencian oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi jelas merupakan satu perbuatan yang naif.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut berkata, ia juga pada masa yang sama tidak mewakili pendirian Malaysia yang bersolidariti terhadap nasib malang warga negara itu akibat genosid rejim penjajah zionis.
  • Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, kenyataan tersebut mencerminkan satu sikap prejudis terhadap rakyat Palestin.

KUALA LUMPUR- Tindakan menyifatkan pelarian Palestin mempunyai kaitan dengan keganasan dan kebencian oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi jelas merupakan satu perbuatan yang naif.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut berkata, ia juga pada masa yang sama tidak mewakili pendirian Malaysia yang bersolidariti terhadap nasib malang warga negara itu akibat genosid rejim penjajah zionis.

Ekoran nasib malang itu juga, rakyat Palestin berjuang mendapatkan kemerdekaan daripada penjajahan Israel ketika kini.

“Dunia sudah hilang pertimbangan keadilan dan kebenaran. Israel sebagai penjajah dan penjenayah diberikan sokongan sekuatnya.

“Malangnya Palestin langsung tidak mendapat bantuan yang sewajarnya malahan dicop sebagai pengganas kerana mempertahankan dan memperjuangkan kemerdekaan negara mereka,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times pada Rabu.

Pada Selasa, Nanta menzahirkan sokongan penuh terhadap pendirian Ketua Publisiti dan Penerangan Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA), Peter John Jaban dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dalam menyarankan kerajaan untuk tidak menerima kemungkinan kemasukan pelarian dari Palestin.

Sementara itu, Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, kenyataan tersebut mencerminkan satu sikap prejudis terhadap rakyat Palestin.

Beliau berkata, sekiranya dakwaan Nanta itu tidak dibantah, ia boleh mempengaruhi individu lain yang tidak begitu memahami isu ini.

“Kenyataan Nanta amat mendukacitakan kerana kita sendiri menyaksikan rakyat Gaza berjumlah 11,000 telah terbunuh dengan separuh daripadanya adalah kanak-kanak.

“Tidakkah kita melihat imej-imej yang beredar dalam media sosial. Adakah tidak tersimpan langsung perasaan simpati, tangisan kanak-kanak dan ibu bapa yang kematian anak,”  tambahnya.

Dr Hafidzi berkata, isu Palestin hakikatnya merentasi agama dan kaum dan kenyataan prejudis seperti itu tidak seharusnya keluar daripada mana-mana pihak.- The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo