IPOH - Jualan Agro Madani sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini mencuri tumpuan orang ramai yang hadir bagi mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah.
Hasnah Atan, 52, dari Kuala Gula, Parit Buntar sanggup meredah perjalanan hampir 100 kilometer (km) bagi mendapatkan bekalan beras putih tempatan yang dijual pada harga RM26 bagi kampit 10 kilogram.
Menurutnya, jarak jauh tidak menjadi masalah kerana telah diketahui program jualan penjimatan itu dilakukan secara bergerak mengikut lokasi berlainan.
"Bila dapat tahu ada Jualan Agro Madani, saya dan suami tak fikir panjang terus datang ke sini untuk dapatkan beberapa barangan murah termasuk beras.
"Alhamdulillah, beras disediakan banyak dan kami dapat beli dua kampit, cukuplah buat bekalan kami sekeluarga untuk tempoh satu ke dua bulan ini," katanya.
Mohd Norol Azman Loat Ahmad, 66, dari Klebang Restu berkata, harga beras ditawarkan itu jauh lebih murah berbanding di kedai yang biasanya dijual antara RM40 ke RM50.
Malah dia turut tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan seperti bawang dan telur yang dijual di bawah harga pasaran iaitu RM12 sepapan.
"Ini kali pertama saya datang sertai Jualan Agro Madani, memang sangat berbaloi, nampaknya lepas ni kalau ada lagi jualan seperti ini saya akan pergi," katanya.
Saniah Salleh, 65, dari Tapah berharap, jualan seperti itu diperluas bagi membantu keluarga kurang berkemampuan dan terkesan akibat kenaikan kos sara hidup pada masa kini.
"Keluarga yang ramai, dapatlah mereka berjimat dengan harga barangan yang murah.
"Saya biasa beli di pasar raya, bila tengok harga Jualan Agro Madani, memang jauh lebih murah. Macam bawang saya beli sebelum ni harga cecah RM15 sekilo, tetapi kat sini tak sampai pun RM10," katanya.
Program yang diadakan selama tiga hari bermula Jumaat itu menjual pelbagai barangan keperluan asas seperti ayam, minyak masak, gula, tepung serta barangan mentah.
Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Abdul Rashid Bahri berkata, hari pertama Jualan Agro Madani telah merekodkan nilai jualan RM158,566.20.
Katanya, seramai 48 usahawan terlibat dalam penjualan itu dengan penjimatan harga barangan antara 10 hingga 30 peratus daripada harga pasaran.
"Sebanyak 9,000 kampit beras putih tempatan 10 kilogram dan 270,000 biji telur disediakan untuk jualan kepada pengunjung sepanjang program ini berlangsung," katanya.

Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment