Jodoh kami agak panjang. Kami sama-sama menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan PhD di United Kingdom. Saya di University of Birmingham, manakala Dr. Samsuri pula di University of Leeds.
Walaupun kami berjauhan semasa di United Kingdom (UK), namun usrah, program dan jaulah mendekatkan kami. Rindu pula nak berprogram bersama ketika ‘summer’ dan ‘winter’.
Siapa tak kenal dengan kami geng ‘carboot sale’. Turut bersama-sama kami ketika itu ialah Dato’ Dr. Fadzli, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Kami akan ‘carboot sale hunting’ bersama sewaktu cuti semester.
Keperibadian dan kepimpinan yang ada pada Dr. Samsuri saya sudah nampak sejak di UK dulu. Seorang yang sangat berwawasan, ‘full of ideas’ dan akan berikan sepenuh komitmen dalam apa jua perkara yang dikerjakan dan hari ini beliau merupakan Menteri Besar Terengganu yang disegani kawan dan lawan. Kepimpinan beliau menerajui Negeri Terengganu dengan cemerlang bukan sesuatu yang mengejutkan saya kerana sejak dulu lagi saya sudah nampak bakat beliau dalam berorganisasi dan pengurusan.
Buat rakyat Kemaman, tidak perlu ragu-ragu lagi untuk pilih Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ahli Parlimen anda. Negeri Terengganu adalah bukti pencapaian terbaik. Rekod peribadi beliau yang bersih, tiada salah laku rasuah, berkepimpinan, profesional dan pakar dalam bidang beliau, inilah contoh pemimpin yang hebat!
Semoga sahabat saya ini diberikan kemudahan, kelancaran dan dapat memenangi kerusi Kemaman, Insya-Allah. Dan kerana itulah saya katakan, ‘Kemaman bumi bertuah’ bila dapat menghantar insan sehebat Dr. Samsuri ke Parlimen.
YB DATO’ DR HALIM TAMURI
Pesuruhjaya PAS Selangor
ADUN Paya Jaras – HARAKAHDAILY 30/11/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment