NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan keluar jenama beras sendiri tahun depan

Kerajaan negeri Kelantan akan mengeluarkan jenama beras sendiri, Beras Agro Darul Naim tahun depan.


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengeluarkan jenama beras sendiri dinamakan Beras Agro Darul Naim bagi memenuhi permintaan pengguna di negeri ini tahun hadapan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Beliau berkata bagi merealisasikan usaha itu satu peruntukan khas bagi membangunkan kilang padi dan beras akan dilaksanakan.

“Usaha ini adalah kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan dan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad bersama rakan pelabur.

“Pada 2024, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan khas untuk membangunkan kilang padi dan beras di Meranti, Pasir Mas,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Tuan Azhar Salleh (PAS-Pulai Condong) berkaitan cadangan kerajaan negeri untuk mengeluarkan beras jenama sendiri pada Sidang DUN Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Mohd Saripudin berkata kerajaan Kelantan juga mengambil beberapa langkah lain bagi mengatasi isu dan cabaran dalam keterjaminan makanan di negeri ini termasuk menubuhkan Jawatankuasa Induk Sekuriti Makanan Negeri Kelantan.

“Jawatankuasa ini melibatkan pelbagai agensi termasuk kerajaan Persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta wakil institusi pendidikan tinggi bagi menyelaraskan gerak kerja dan perancangan projek serta memperhalusi isu-isu berkaitan keterjaminan makanan.

“Kita juga memberi insentif secara bersasar dan selektif kepada golongan sasar serta pembangunan ladang contoh untuk petani bagi menarik minat orang awam untuk menyertai sektor pertanian,” katanya.

Menurut beliau, Jabatan Pertanian meningkatkan proses pemindahan ilmu, teknologi dan teknikal kepada masyarakat menerusi program dan bengkel latihan seperti Agri Bio Class, Seminar Semarak Organik Al-Falah dan Diskusi Organik.

Beliau berkata kerajaan negeri turut membangunkan aplikasi teknologi di lapangan melalui kaedah penyertaan pemerhatian serta menjayakan Kempen Tanam Nyor Al-Falah ke-13 melibatkan 1,300 penerima.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo