NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kedah Aerotropolis beri manfaat wilayah utara Semenanjung




ALOR SETAR: 
Kedah Aerotropolis Holding Sdn Bhd akan menjadi Special Purpose Vehicle (SPV) Company bagi membangun Kedah Aerotropolis.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, SPV Company sebelum ini dibatalkan kerana gagal membayar 150 peratus anggaran kos pengambilan tanah.

“Dalam tempoh 90 hari daripada tarikh perjanjian yang ditandatangani hari ini, SPV Company melalui Tahira Air Sdn Bhd perlu membayar deposit sebanyak 125 peratus (anggaran RM25 bilion).

“Bayaran itu untuk memulakan proses pengambilan balik tanah,” katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama (MoU) Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) Airport City Holdings bersama Tahira Air Sdn Bhd, di Wisma Darul Aman, hari ini.

Katanya SPV Company juga akan menjadi pemaju kepada Kedah Aerotropolis yang mempunyai beberapa komponen iaitu KXP, Airportcity dan Bisnes Park di kawasan seluas 9,500 ekar.

Kata beliau, proses berkenaan akan terus berjalan setelah mendapat kebenaran untuk melaksanakan Bisnes Park, MRO (penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih) dan Sidam Logistik Aerospace And Manufacturing (SLAM).

“Saya ucap selamat maju jaya kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) melalui KXP Airportcity kejayaan MoU yang ditandatangani hari ini.

“Walaupun dalam tempoh beberapa bulan, isu pembangunan KXP Kedah Aerotropolis agak sunyi tetapi sebenarnya usaha serta kerja terus berjalan.

“Usaha ini akan merealisasikan salah satu projek berimpak tinggi serta mewujudkan zon pembangunan ekonomi baru untuk Kedah,” tambah beliau.

Sanusi juga berkata, pembangunan itu bukan sahaja dapat merangsang pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kedah sebanyak 4.5 peratus sebaliknya mampu menawarkan hampir 24,000 peluang pekerjaan.

Selain itu ia akan menjadi sebuah kawasan baharu pembangunan ekonomi, industri pengangkutan serta jaringan perhubungan di wilayah utara Semenanjung Malaysia.

“Manfaatnya bukan sahaja kepada Kedah tetapi juga Pulau Pinang, Perlis dan utara Perak. Kita berharap ia diberkati Allah dan mendapat sokongan semua pihak,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 22/11/2023


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo