NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kami ada bukti broker ‘Datuk Botak’ beli MP Bersatu, kata Wan Ahmad Fayhsal



Terdapat bukti yang disimpan berhubung dakwaan ‘Datuk Botak’ yang dikatakan cuba memujuk serta menawarkan ‘habuan’ tertentu kepada Ahli Parlimen (MP) pembangkang, tegas Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ketua Armada Bersatu itu mendakwa ada menyimpan bukti bergambar, video dan komunikasi WhatsApp berkait peranan individu tersebut yang menjadi broker untuk mendapatkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apa yang kami laporkan kepada polis dan kenyataan media, semalam, kami mempunyai bukti.

“Banyak (bukti) kami ada… emel, mesej gambar serta video berkenaan ‘Datuk Botak’ itu, dan gunakan semua bukti ini sebagai lampiran dalam laporan polis serta SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang akan dibuat kelak,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau juga menunjukkan beberapa bukti yang didakwa sebagai usaha individu berkenaan cuba mendekati MP pembangkang.

“Ahli Parlimen Tanjung Karang turut menerima WhatsApp untuk (tawaran) membuat hotel, resort di kawasan beliau. Di Sungai Besar, Gerik, Kubang Pasu, Lumut… itu umpannya (tawaran) kepada Ahli Parlimen kami.

“Apabila sembang hal perniagaan tak jadi, baru buka cerita sebenar… sebenarnya, dia datang untuk mengajak Ahli Parlimen menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri,” dakwanya lagi.

Sambil mendakwa bahawa ugutan berlaku terhadap MP yang ada kes siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan MP lain pula diberikan tawaran tertentu, beliau turut meminta siasatan dijalankan mengenai nombor telefon ‘Datuk Botak’ yang dikatakan palsu dengan menggunakan nombor Bangladesh.

Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal menafikan ada mengeluarkan kenyataan memfitnah bekas Setiausaha Politik Anwar, Datuk Farhash Wafa Salvador, sebaliknya mendakwa bahawa beliau sekadar membacakan satu laporan polis.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo