Kota Bharu: Kakitangan kerajaan negeri Kelantan akan mendapat Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000 tahun depan.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, bayaran berkenaan akan disalurkan pada Februari.
"Bayaran penghargaan ini juga akan diberikan kepada pegawai lantikan politik termasuk ahli-ahli majlis, penghulu, halaqat, penyelaras pusat Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) Dewan Undangan Negeri (DUN), penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran dan guru fardu ain serta guru jahitan dan dibayar mengikut kadar yang bersesuaian," katanya dalam pembentangan Belanjawan Kelantan 2024 bertemakan 'Kelantan Mampan Berkat Sejahtera' pada persidangan DUN di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Sumber | HMetro
No comments
Post a Comment