NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kad Media wartawan Harakah ditarik balik, tindakan Jabatan Penerangan Malaysia dipersoal Geramm



  • Gerakan Media Merdeka (Geramm) mempersoal tindakan Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) menarik semula Kad Perakuan Media (KPM) rasmi dikeluarkan kepada lidah rasmi PAS iaitu Harakah dan Harakah Daily tanpa kompromi.
  • ​Pertubuhan media ​itu berpandangan tiada ruang diberikan kepada pihak editorial Harakah untuk memberikan penjelasan terhadap artikel yang didakwa menyebarkan berita berunsur tuduhan tidak berasas.
  • Katanya, tindakan diambil kerajaan terhadap syarikat media sekalipun dimiliki parti pembangkang perlu dilakukan dengan sebab yang kuat, jelas dan telus.
  • “Justeru, tanpa justifikasi dan hanya menyatakan sebab “melanggar etika kewartawanan” sebenarnya adalah tidak cukup jelas kerana tindakan haruslah berteraskan undang-undang dan peraturan serta pertimbangan hanya selepas menerima maklum balas daripada pihak yang satu lagi,” kata Geramm dalam kenyataan di Facebook, semalam.
  • Geramm mengulas dakwaan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari di Dewan Rakyat petang semalam yang memaklumkan akhbar itu menerima surat daripada Jabatan Penerangan pada Selasa memberitahu supaya memulangkan pas media wartawan mereka.
  • Media melaporkan Japen mendapati terdapat artikel berita diterbitkan portal Harakah Daily bertarikh 6 November lalu, bertajuk ‘Malaysia di bawah Anwar ragu-ragu sokong Palestin’ yang melanggar etika kewartawanan Malaysia iaitu tuduhan tidak berasas.

KUALA LUMPUR — Gerakan Media Merdeka (Geramm) mempersoal tindakan Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) menarik semula Kad Perakuan Media (KPM) rasmi dikeluarkan kepada lidah rasmi PAS iaitu Harakah dan Harakah Daily tanpa kompromi.

​Pertubuhan media ​itu berpandangan tiada ruang diberikan kepada pihak editorial Harakah untuk memberikan penjelasan terhadap artikel yang didakwa menyebarkan berita berunsur tuduhan tidak berasas.

Katanya, tindakan diambil kerajaan terhadap syarikat media sekalipun dimiliki parti pembangkang perlu dilakukan dengan sebab yang kuat, jelas dan telus.

“Justeru, tanpa justifikasi dan hanya menyatakan sebab “melanggar etika kewartawanan” sebenarnya adalah tidak cukup jelas kerana tindakan haruslah berteraskan undang-undang dan peraturan serta pertimbangan hanya selepas menerima maklum balas daripada pihak yang satu lagi.

“Sementara menanti pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia, ke arah penubuhan badan bebas yang antara lain berperanan akan menentukan kod etika media, Geramm juga berpandangan kerajaan tidak boleh dilihat sebagai mengambil sebarang tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai usaha untuk mengekang kebebasan media,” kata Geramm dalam kenyataan di Facebook semalam.

Geramm mengulas dakwaan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari di Dewan Rakyat petang semalam yang memaklumkan akhbar itu menerima surat daripada Jabatan Penerangan pada Selasa memberitahu supaya memulangkan pas media wartawan mereka.

Media melaporkan Japen mendapati terdapat artikel berita diterbitkan portal Harakah Daily bertarikh 6 November lalu, bertajuk ‘Malaysia di bawah Anwar ragu-ragu sokong Palestin’ yang melanggar etika kewartawanan Malaysia iaitu tuduhan tidak berasas.

Japen kemudiannya meminta kerjasama pihak akhbar berkenaan untuk memulangkan semua KPM selewat-lewatnya hari ini dan permohonan memperbaharui adalah tidak diluluskan.

Mengulas perkembangan terbaharu, Geramm berkata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan mana-mana organisasi berita yang dibatalkan perakuan media dibenarkan membuat rayuan.

Katanya, perkara itu termasuk Harakah – akhbar milik PAS – yang dibatalkan kad akreditasi Jabatan Penerangan mereka semalam.

“PS: Seharusnya proses tunjuk sebab dilakukan sebelum tindakan diambil dan bukan sebaliknya,” kata Geramm. 

Pada sesi persidangan Dewan Rakyat pagi semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan nada berang memberi amaran kepada Pas kerana mengaitkan beliau dengan Israel dalam sebuah laporan artikel disiarkan Harakah Daily.

Anwar merujuk kepada laporan akhbar Harakah bertajuk ‘Malaysia di bawah Anwar ragu-ragu sokong Palestin?’ yang turut memaparkan gambar beliau dengan latar belakang bendera Israel. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo