PALESTIN: Buat kali kedua sejak beberapa hari lalu, rejim Israel menyasarkan Universiti Al-Azhar Mesir cawangan Palestin di Gaza.
Memetik laporan Iran Press, pengeboman kompleks Universiti Al-Azhar di Gaza semalam dilakukan pada hari ke-29 perang Israel-Palestin.
Al-Jazeera telah menyiarkan rakaman Israel menyasarkan kompleks Universiti Al-Azhar oleh rejim Zionis.
Serangan udara yang meluas ke atas penduduk Gaza bercampur dengan sekatan ke atas mereka berlaku selepas pasukan pejuang Hamas melakukan Operasi Taufan Al-Aqsa ke atas tentera rejim Israel pada 7 Oktober sebagai tindak balas jenayah harian rejim terhadap rakyat Palestin selama 75 tahun.
Menurut pegawai Palestin, angka kematian di Gaza meningkat kepada lebih 9,000 orang, termasuk hampir 4,000 kanak-kanak. - AGENSI
No comments
Post a Comment