NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Intel bayar bonus AS$5,000 kepada pekerja Israel

Ibu pejabat Intel di Santa Clara, California, Amerika Syarikat.


NEW YORK – Intel membayar bonus tunai AS$5,000 kepada setiap pekerjanya di Israel sebagai penghargaan terhadap dedikasi dan komitmen mereka meneruskan operasi syarikat ketika berdepan konflik sekarang.

Memetik laporan Oregon Live, Ketua Pegawai Eksekutif Intel, Pat Gelsinger terharu dan bangga dengan semangat, daya tahan dan pemupukan nilai-nilai Intel yang ditunjukkan mereka dalam keadaan yang sangat mencabar.

“Simpati saya kepada anda serta keluarga dan komuniti anda,” katanya dalam satu nota kepada pekerja-pekerja Intel di Israel, Selasa lalu.

Intel mempunyai kira-kira 12,000 pekerja di Israel dan salah satu kilang menghasilkan cip komputer tercanggih miliknya berooperasi di Kiryat Gat.

Selain itu, syarikat teknologi tersebut mempunyai beberapa kilang lain yang beroperasi di Israel dan sebahagian inovasi besar Intel dihasilkan oleh jurutera-jurutera warga Israel.

Intel menghantar mesej bersimpati dengan pekerja-pekerjanya di Israel selepas serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu namun berdiam diri tentang tindakan keganasan rejim Zionis di Gaza baru-baru ini. – Agensi



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo