Selepas didapati bersalah dalam perbicaraan kes penyelewengan hari ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui keputusan tersebut sukar untuk diterimanya dan pahit untuk ditelan.
Ahli Parlimen Muar itu bagaimanapun membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi mencabar hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta yang dijatuhi terhadapnya.
“Saya terima dengan hati terbuka, saya akur dan faham keputusan hari ini bukanlah keputusan yang mudah ditelan kerana ia keputusan yang mana disabitkan (kesalahan).
“Walaupun dapat penangguhan pelaksanaan hukuman, tetapi saya perlu buat rayuan ke peringkat Mahkamah Rayuan. Namun buat masa ini, saya terima semua hukuman seadanya,” katanya dalam sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Syed Saddiq idapati bersalah terhadap empat tuduhan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana ARMADA Bersatu, pagi tadi.
Barisan peguam Syed Saddiq memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, pada petang ini.
“Saya telah pun berbincang dengan para peguam dan mereka memaklumkan bahawa kami ada kes yang baik untuk difailkan secepat mungkin ke peringkat Mahkamah Rayuan.
“Ini supaya akhirnya institusi kehakiman dan mahkamahlah yang akan menjadi penentu terakhir nasib saya dan menjadi medan yang terbaik untuk membersihkan nama saya,,” katanya lagi.
Beliau berkata beliau masih meletakkan kepercayaan kepada institusi kehakiman negara namun menghormati segala keputusan yang ditentukan di medan mahkamah.
‘Sebagai salah seorang penggubal dasar, saya perlu meletakkan kepercayaan ke atas institusi kehakiman negara, hari ini, sebelum ini dan pada masa akan datang.
“Lazimnya ia adalah benteng terakhir bagi rakyat Malaysia dan tidak ada beza saya dengan rakyat lain. Kalau orang lain perlu menghormati keputusan mahkamah, saya turut perlu menghormati keputusan mahkamah,” katanya.
Susulan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Syed Saddiq berkata, akan memberi kata putus mengenai masa depan kerjaya politiknya bersama parti MUDA pada satu mesyuarat parti, petang ini.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment