Polis merahsiakan identiti individu yang disebutkan sebagai ‘Mr H’ yang terlibat dalam video tular membabitkan Ketua Pengarah, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya sedang menyiasat individu dikenali sebagai ‘Mr H’ tersebut dan pendedahan berhubung identiti individu itu dibimbangi akan mengganggu siasatan yang sedang dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman.
“PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah memanggil semula ‘Mr H’ pada hari ini (30 November) bagi tujuan sambung semula rakaman percakapan daripadanya.
“Setakat ini dalam kes berkenaan pihak polis sudah memanggil dan mengambil keterangan daripada lapan individu bagi membantu siasatan lanjut kes ini,” katanya dipetik portal MalaysiaGazette.
Satu rakaman video berdurasi tiga minit yang tular sejak 17 November lalu menjadi topik hangat di laman media sosial, berikutan terdapat individu mirip Mohammad Agus berbual lucah dengan seorang lelaki.
Susulan itu, Mohammad Agus yang meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM mendakwa video perbualan yang mengaitkan beliau adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.
Pada sidang media yang diadakan itu, pegawai J-KOM yang dikaitkan dengan video itu, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa beliau dijadikan kambing hitam untuk menjatuhkan Mohammad Agus oleh individu bernama ‘Mr H’.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment