NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hujan berterusan dijangka bagi Pantai Timur dan Utara Semenanjung, Timur Sabah

Hujan berterusan diramal di Pantai Timur, Utara Semenanjung, dan Timur Sabah selama dua hari bermula Khamis ini.


KUALA LUMPUR: Hujan berterusan dijangka berlaku di Pantai Timur dan Utara Semenanjung serta timur Sabah bermula 16 hingga 18 Nov ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan berdasarkan analisis model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku di kawasan berkenaan dan keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan dalam tempoh tersebut.

“MetMalaysia sedang memantau keadaan ini dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan sekiranya perlu,” katanya kenyataan itu.

Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.


Sumber I FMT Malaysia 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo