Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu hingga Jumaat ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh, lapor Bernama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang berlarutan hingga Khamis ini.
“Bagi amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan beberapa kawasan di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Manjung,” menurut kenyataan itu.
METMalaysia dalam kenyataan sama turut memaklumkan hujan berterusan tahap waspada juga dijangka berlaku di Kelantan melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan hingga Jumaat ini.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment