NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hospital terbesar Gaza diserang Israel, 13 terbunuh

Israel menuduh Hamas menjadikan hospital sebagai tempat perlindungan. (Gambar AP)


BANDAR GAZA: Kerajaan Hamas hari ini berkata serangan Israel yang mensasarkan hospital terbesar Gaza membunuh 13 nyawa.

“Seramai 13 syahid dan berdozen lagi cedera dalam serangan Israel ke atas kawasan al-Shifa hari ini” di pusat Bandar Gaza, menurut kenyataan kerajaan, namun jumlah mereka terlibat tidak dapat segera disahkan AFP secara bebas.

Pengarah Hospital al-Shifa, Mohammad Abu Salmiya berkata, “kereta kebal Israel menyerang Hospital al-Shifa”, bagaimanapun tentera Israel tidak memberi ulasan segera.

Israel melaporkan pertempuran hebat berlaku semalam, berdekatan hospital tersebut, sambil menyatakan mereka membunuh berdozen pejuang dan memusnahkan terowong yang menjadi kunci kepada Hamas untuk bertempur.

Tentera Israel berulang kali menuduh Hamas menggunakan hospital, terutama al-Shifa, untuk mengkoordinasi serangan mereka terhadap tentera, selain digunakan sebagai perlindungan oleh komandonya.

Pihak berkuasa Hamas dan doktor menafikan dakwaan sedemikian.

Israel melancarkan serangan di Gaza selepas pejuang Hamas menyeberang sempadan pada 7 Okt, membunuh lebih 1,400, kebanyakan orang awam, dan 240 diambil sebagai tebusan.

Berikrar memusnahkan Hamas, Israel menyerang balas menerusi pengeboman udara dan serangan darat, yang mana Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza dikuasai Hamas, berkata telah mengorbankan lebih 10,800 nyawa, kebanyakan orang awam dengan ramai terdiri daripada kanak-kanak.

Abu Mohammad, 32, yang berlindung di hospital berkenaan bersama 15 sanak saudara selepas pengeboman kejiranannya di timur laut Bandar Gaza, berkata “tiada tempat selamat yang tinggal. Tentera menyerang al-Shifa. Saya tidak tahu lagi apa perlu dibuat.”

“Berlaku tembakan…di hospital. Kami takut untuk keluar.”

Saksi berkata, kereta kebal mengepung beberapa hospital di Bandar Gaza dengan pertempuran sengit berterusan, memaksa ribuan orang melarikan diri ke arah selatan Gaza, sejak beberapa minggu lalu.

Sedutan AFPTV memaparkan bebola api dan asap menjulang di bandar itu pada Subuh.

Awal hari ini, bunyi tembakan dan letupan jelas kedengaran.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo