Perdana Menteri Thailand berkata bahawa Hamas telah membebaskan 10 warganya yang ditawan di Gaza.
Dalam catatan di media sosial, Srettha Thavisin berkata bahawa pegawai kedutaan akan mengambil tawanan berkenaan dalam tempoh satu jam akan datang, lapor CNBC.
Sementara AP pula melaporkan bahawa dua puluh empat tawanan dibebaskan Hamas, termasuk 13 warga Israel, 10 warga Thailand dan seorang warga Filipina.
Kesemua tawanan telah dipindahkan keluar dari Gaza dan diserahkan kepada pihak berkuasa Mesir di persimpangan sempadan Rafah sebelum menjalani penilaian perubatan di dalam wilayah Israel.
Israel membebaskan 39 tahanan Palestin juga pada Jumaat, termasuk seorang wanita Palestin berumur 23 tahun, Marah Bakir yang telah dipenjarakan Israel sejak usianya 15 tahun.
Ini berlaku selepas jeda terhad pertama dalam pertempuran secara rasmi bermula lebih awal pada hari ini, Jumaat (24 Okt). Sebilangan rakyat Palestin yang ditahan oleh tentera Israel juga akan dibenarkan pulang.
Ia masih harus dilihat sama ada kedua-dua pihak Hamas dan Israel yang masing-masing tegas dalam mengecam antara satu sama lain sehingga saat terakhir, tetapi tetap akan mematuhi terma perjanjian.
Terdahulu, jurucakap Angkatan Pertahanan Israel (IDF), Avichay Adraee menegaskan bahawa ‘perang belum berakhir’.
“Jeda kemanusiaan adalah sementara. Semenanjung Gaza utara adalah zon perang berbahaya dan dilarang bergerak ke utara,” katanya.
Sumber – HARAKAHDAILY
No comments
Post a Comment