- Solusi ‘two state solution’ diilihat tidak relevan digunakan dalam pelan perdamaian bagi menyelesaikan isu genosid rakyat Palestin oleh rejim penjajah Israel, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
- Menurut beliau, cara tersebut telah digunakan pada suatu ketika oleh pemimpin Fatah, Yasser Arafat.
- Dr Mahathir berkata, Israel hakikatnya tidak mahu menggunapakai pelan tersebut sebaliknya ingin menguasai keseluruhan tanah air tersebut.
PUTRAJAYA- Solusi ‘two state solution’ dilihat tidak relevan digunakan dalam pelan perdamaian bagi menyelesaikan isu genosid rakyat Palestin oleh rejim penjajah Israel, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
Menurut beliau, cara tersebut telah diguna pakai pada suatu ketika oleh pemimpin Fatah, Yasser Arafat.
Rejim zionis bagaimanapun menurut Tun Dr Mahathir, tidak menerima pakai pelan itu sebaliknya ingin menguasai keseluruhan tanah air tersebut.
“Pada masa itu, Yasser Arafat setuju dengan solusi ‘two state solution’ dan begitu juga dengan pihak Israel. Akan tetapi mereka tidak tunaikan janji tersebut.
“Bahkan Palestin tidak boleh mempunyai ‘state’. Mereka hanya mempunyai badan berautoriti. Jika diikutkan, kawasan Palestin perlu diberikan hak pemilikan sepenuhnya.
“Namun kita tahu, Israel telah membina penempatan bagi rakyat mereka di kawasan itu. Saya tidak fikir ‘two state solution’ akan menyelesaikan masalah kerana mereka (Israel) tidak mahu pun melihat perkara itu,” katanya pada Selasa.
Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi sokongan terhadap Inisiatif Keamanan Arab untuk mempermudah ke arah penyelesaian ‘two state solution’.
Tun Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media Humanity Movement Hentikan Sekatan Bantuan Kemanusiaan Dunia Ke Gaza Di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.
Beliau turut menggesa semua negara Islam khususnya pengeluar utama minyak dan gas menghentikan penjualan bukan sahaja kepada Israel, malah negara yang menyokong rejim penjajah itu terutama Amerika Syarikat dan Eropah.
Usaha berkenaan penting sebagai tekanan bagi menghentikan serangan Israel ke atas Palestin yang kini berhadapan genosid.- The Merdeka Times.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment