NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GEG: Pembangkang tidak puas hati dakwa Menteri Kesihatan mungkir janji



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mendakwa Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memungkiri janji untuk membentangkan peruntukan larangan merokok terhadap generasi penamat (GEG) dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Menurut Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat), RUU berkenaan hanya memasukkan kawalan terhadap produk rokok sahaja tanpa memasukkan GEG.

“Kami menyelar tindakan menteri Kesihatan yang seolah-olah tidak berprinsip kerana pada Julai lalu telah membentangkan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam dan memasukkan GEG pada ketika itu.

“Tetapi sekarang mengubah pendirian dan mengeluarkan GEG di bawah akta ini. Tindakan Menteri Kesihatan ini tidak jujur,  tidak konsisten dan tidak bertanggungjawab. Kami mengecam kerana telah mengkhianati janji dan komitmen beliau dalam melaksanakan GEG dalam RUU kali ini,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat.

Jelasnya, GEG lebih berkesan untuk menamatkan budaya merokok daripada penggubalan RUU baharu di kalangan rakyat di negara ini.

“Sangat mengecewakan bagi kami dimana tiga ahli Parlimen PN sebagai ahli jawatankuasa pilihan khas kesihatan tidak dimakmumkan berkaitan dengan pengguguran GEG walaupun telah diberikan amanah untuk meneliti dan memberi maklum balas kepada kerajaan atas kertas usul RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023,” katanya lagi.

Selala lalu, Zaliha berkata GEG digugurkan daripada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 selepas mendapat nasihat dari Peguam Negara.

Malah Zaliha turut berkata berdasarkan pandangan Peguam Negara, pihaknya tidak boleh meneruskan pembentangan di Parlimen jika terdapat kekurangan dan kelemahan terhadap RUU tersebut.

Disebabkan itu, katanya, pihak kementerian membuat keputusan untuk mengutamakan kawalan merokok terlebih dahulu sebelum memikirkan soal generasi penamat.

Dalam pada itu, Datuk Dr. Alias Razak (PN-Kuala Nerus) pula berkata pihaknya terasa seperti dipermainkan oleh Zaliha.

Ini kerana, GEG sememangnya perlu dimasukkan dalam RUU berkenaan kerana ia memberikan impak yang besar dalam pelaksanaan akta tersebut kelak.

“Kami sekarang seperti terperangkap kalau kita tidak sokong akta ini seolah-olah beri masa kepada lakuna yang lebih besar lagi untuk penggunakan vape tanpa kawalan.

“Kita terpaksa sokong walaupun tidak puas hati kerana tidak memasukkan GEG yang dijanjikan sebelum ini, tapi akhirnya sebelas kali mesyuarat sebeluim ini,” katanya dalam sidang media sama.

RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dibawa Kementerian Kesihatan (KKM) lulus di Dewan Rakyat, hari ini.

RUU yang dibentangkan Zaliha diluluskan secara sebulat suara selepas 27 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan selama dua hari. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo