NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Enggan lepas Labuan, saya dipilih oleh rakyat bukan oleh kepimpinan, kata Suhaili

Suhaili Abdul Rahman berkata tiada sebab untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen demi mendapat peruntukan kepada rakyat. (Gambar Bernama)



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman menegaskan tidak akan meletakkan jawatan sebagaimana digesa Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris, ekoran mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau yang masih ahli Bersatu malah mengingatkan bahawa rakyat Labuan memberi mandat kepadanya untuk mewakili mereka.

“Saya bertanding bawah tiket Perikatan Nasional, tapi perlu ingat bahawa bukannya kepimpinan memilih saya, tetapi rakyat Labuan yang memilih saya,” katanya kepada FMT.

Beliau menepis gesaan agar melepaskan kerusi Labuan bagi membuka laluan kepada pilihan raya baharu sebagai tidak munasabah.

“Saya sokong kerajaan sebab saya memerlukan peruntukan. Adakah itu suatu jenayah apabila saya ingin mendapatkan peruntukan itu demi tujuan membantu rakyat di Labuan?” katanya.

“Tiada sebab untuk saya berundur. Saya tidak lakukan sebarang jenayah pun.”

Terdahulu, Razali menggesa Suhaili dan tiga wakil rakyat lain daripada partinya melepaskan kerusi masing-masing bagi membuka laluan kepada pilihan raya baharu, dan bertanding semula sebagai calon bebas atau atas tiket Barisan Nasional atau Pakatan Harapan.

Suhaili sebelum ini digantung keahlian Bersatu selama enam tahun, menyusuli pengisytiharan sokongan kepada Anwar pada 30 Okt.

Menurut wakil rakyat Labuan itu, beliau menyokong perdana menteri kerajaan perpaduan selepas mengambil kira permasalahan rakyat diwakilinya seperti kos sara hidup dan bekalan air serta elektrik.

Beliau baru-baru ini mengesahkan menerima peruntukan selepas seminggu mengisytiharkan sokongan kepada Anwar, dan menolak dakwaan peruntukan diterima sebagai rasuah.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo