NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Zakir derma keseluruhan wang menang saman RM1.52 juta kepada Palestin

Zakir Naik
Kuala Lumpur: Pendakwah, Dr Zakir Naik hari ini mengumumkan wang diperoleh hasil kemenangan dalam kes saman fitnah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy akan disumbangkan kepada Palestin.

Menerusi hantaran di Facebook, Dr Zakir menzahirkan ucapan terima kasih kepada Mahkamah Tinggi di sini kerana memerintahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta atas dakwaan fitnah.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mahkamah Tinggi Malaysia kerana mengarahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta sebagai ganti rugi fitnah.

"Saya ingin menderma jumlah penuh iaitu RM1.52 juta kepada Palestin. Saya berdoa Allah SWT menerima usaha kecil ini," katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi memerintahkan Ramasamy yang juga bekas pemimpin DAP membayar RM1.52 juta kepada Dr Zakir dalam masa 30 hari.

Ramasamy selaku defendan perlu membayar ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi teladan RM250,000, ganti rugi teruk RM100,000, pampasan RM100,000 dengan kos sebanyak RM70,000.

Dr Zakir dalam hantaran sama berkata, rakyat Palestin ketika ini sedang melaksanakan tuntutan fardu kifayah untuk melindungi tempat suci ketiga umat Islam, Masjid Al-Aqsa.

"Saya berdoa Allah SWT mengurniakan ketabahan dan kemenangan kepada perjuangan Palestin. Semoga Allah SWT meringankan penderitaan saudara kita di Palestin, menguatkan mereka dalam melawan pihak yang menindas dan memasukkan syuhada mereka ke darjat tertinggi di syurga-Nya, amin," katanya.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo