NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Sam tamak atau PHBN yang gila kuasa ???

1. Dato Seri Ahmad Said bertanding sebagai ahli Parlimen ketika menjawat sebagai ADUN Kijal namun kalah dengan alasan hanya calon gantian. Walaupun dengan kekalahan yang besar, beliau tetap memfailkan petisyen pilihanraya kepada MP Kemaman yang sah. Tak malu agaknya..

2. Kekalahan kali ke-2 Mad Said adalah ketika bertanding di kerusi DUN Kijal pada PRN Terengganu dan akhirnya juga kalah dengan teruk. Namun tiada pula alasan bukan calon sebenar yng dikeluarkan. Parlimen kalah, DUN pun kalah? Tamak betul kalah sampai tak nak bagi can orang lain.

3. Tindakkan pengecut Zahid Hamidi yang tidak mahu bertanggungjawab diatas kekalahan paling teruk dalam sejarah BN dalam pilihanraya adalah langkah tamak dan tidak malu. Sudahlah menang kerusi hanya 348 undi sahaja, kerusi BN makin corot dari sebelumnya.

4. Amiruddin, Aminuddin dan Chow adalah nama Menteri Besar untuk Selangor, Negeri Sembilan dan Ketua Menteri Pulau Pinang. Mereka juga bertanding di kerusi Parlimen ketika menjawat jawatan Ketua Menteri dan Menteri Besar. Ni tamak ke haloba? Dah la kerusi di semua 3 negeri PH akhirnya berkurangan.

5. Semua kita masih ingat peristiwa langkah Kajang yang menyaksikan, jatuhnya Menteri Besar Selangor yang sangat disayangi hanya untuk mengangkat orang yang hilang integriti dalam pentadbiran. Ini juga tamak

6. PRK Port Dickson juga dibuat hanya untuk mengangkat DSAI sebagai MP yang akhirnya tiada fungsi pun kepada kerajaan PH ketika itu yang lingkup selepas 22 bulan. Ini memang tamak dan bodoh.

7. Perebutan kuasa yang berlaku di Perak dan Johor yang didalangi oleh BN sehingga kerajaan menjadi tidak stabil dan MB bertukar juga adalah tindakkan bodoh dan tamak.

8. Pilihanraya Negeri Johor dan Melaka yang berakibat dari pertembungan dalaman yang didalangi oleh BN juga satu perbuatan tamak dan tidak bertanggungjawab.

9. Pilihanraya umum 15 yang dibuat ketika musim tengkujuh juga satu perbuatan yang menyusahkan rakyat dan tamak. Akibatnya BN dan PH mendapat penurunan undi dan kerusi yang sangat ketara walaupun berjaya membentuk kerajaan songsang.

10. Penipuan kepada semua pengundi PH dan BN bahawa mereka tidak akan berkerjasama adalah contoh ketamakan yang paling jijik dalam sejarah politik negara kita. Tindakkan bacul ini hanya semata ingin melepaskan diri dari tuduhan mahkamah dan mendapatkan kuasa dalam kerajaan. Malangnya walanon dan walanun terus berusaha menelan pahit akibat pembodohan dari pemimpin mereka yang tamak.

Kesimpulannya, BN dan PH memang terkenal dengan sifat tamak, tak malu dan bacul.

Kini dengan segala bukti yang ada, PHBN bukan sahaja tamak, tetapi MEROYAN DAN GILA KUASA!!!

Irsyad Syafiq Burhanuddin
Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu

22 November 2023

*Facebook*
https://bit.ly/3MWoRmN

*Instagram*
https://bit.ly/3MUguI9

*Twitter*
https://bit.ly/46zdxEc

Tindakan segera untuk *like, komen dan share*. ‼️

#sebaran

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo