NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr. Razli dilantik semula Naib Canselor UMK

Dr. Razli Che Razak (kanan) menerima watikah perlantikan daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


KUALA LUMPUR – Prof. Datuk Dr. Razli Che Razak dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 24 November 2023 hingga 23 November 2024.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Operasi dari Universiti Sains Malaysia (USM) dilantik pertama kali sebagai Naib Canselor UMK pada 1 Mac 2022.


Kementerian Pendidikan Tinggi berkata, pelantikan semula ini bagi membolehkan Dr. Razli meneruskan perancangan dan pelaksanaan inisiatif yang telah digariskan untuk memacu
UMK sebagai sebuah universiti berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dan perusahaan.

“Kementerian yakin dengan pelantikan semula Dr. Razli sebagai Naib Canselor UMK dapat memperkasa dan melahirkan modal insan negara yang holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang dalam memastikan ekonomi negara kukuh dan berdaya saing,” katanya dalam kenyataan di sini.

Selain itu, kementerian turut memaklumkan Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin, Pengarah Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Prof. Ir. Dr. Kaharuddin
Dimyati, Dekan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) USM dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UM.

Kedua-dua pelantikan ini berkuat kuasa mulai 1 Disember 2023. – MalaysiaGazette


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo