NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DITC Pusat Latihan Patuh Syariah di Terengganu

KEMAMAN: Menjejaki Darul Imam Training Centre (DITC) di Teluk Kalong pada waktu malam kelihatan deretan lampu menyala di tengah laut, seolah-olah dekat dengan daratan. Ia seumpama deretan rumah di lautan
Namun, apabila sinar fajar mulai muncul apa yang disangka ojbek yang menyala pada malam rupa-rupa-rupanya tongkang atau kapal kecil yang berlabuh tidak jauh daripada pantai. Agak jauh dari darat biarpun di waktu malam kelihatan dekat.

Inilah kelebihan yang ditemui di DTIC. Bagi mereka yang menginap di tingkat paling atas aras sembilan atau lapan dapat melihat melihat pemandangan begitu menguja. Pemandangan laut memanjang jauh mata memandang.

Begitu juga persekitaran DITC yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Ada banglow, dewan, surau, padang permainan, jungle tracking, homestay, canopy Arabian, dewan dan bilik penginap setinggi sembilan tingkat.

Di aras sembilan ada bilik VIP terdapat empat unit. Terdapat 200 unit bilik disediakan. Homestay pula dilengkapi tiga bilik yang dibaikpulih daripada kediaman kakitangan.

Keistimewaan DITC mempunyai dewan yang mampu memuatkan 500 peserta. Terdapat empat jenis dewan disediakan. Selain itu terdapat juga auditorium yang boleh memuatkan 150 peserta.

Terdapat juga bilik mesyuarat, bilik tutor dan bilik seminar. Dewan makan pula boleh memuatkan sehingga 150 peserta.

DITC juga terdapat D’iman CafĆ© yang dikendalikan lapan kakitangan dengan diketuai seorang tukang masak berpengalaman. Warung santai di tepi pantai dibuka pada tahun 2022 beroperasi setiap hari kecuali Jumaat.

Menu kari kepala ikan yang terkenal di Warung Santai D’ River Pasir Tinggi Hulu Terengganu didatangkan khas ke DITC.

DITC merupakan kesinambungan Pusat Pupuk Semangat Negeri Terengganu (PUPUK) yang ditubuh pada 1982. Tujuannya bagi memupuk semangat cintakan agama, bangsa dan negara.

DITC didaftar sebagai sebuah syarikat Sendirian Berhad pada 9 Januari 2017. PUPUK dibangunkan di kawasan seluas 81.65 hektar di pinggir laut Teluk Pucung, Teluk Kalong.

Lokasi itu pada awalnya disewakan kepada syarikat pembinaan lebuh raya Jerangau-Jabur iaitu syarikat Italy-Thailand. Selepas pembinaan lebuh raya tersebut siap pada 1980, kawasan berkenaan diserahkan kepada kerajaan negeri.

Di bawah kerajaan PAS DITC diperuntukan sebanyak RM2 juta pada 2019 bagi memperkasakan semula sebagai sebuah pusat latihan. Sebelum itu ia diibabaratkan sebagai nyawa-nyawa ikan.

Hari ini DITC merupkan pusat Latihan patuh syariah selaras dengan prinsip dan dasar kerajaan negeri menjadikan al Quran dan Sunnah sebagai panduan.

DITC terus mengorak langkah di bawah terajui Mohd Shuhaimi Embong dengan menyusuri sejarah 41 tahun ia ditubuhkan bermula dengan Pupuk Semangat.

Sumber | HARAKAHDAILY


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo