NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN pertaruh Bekas Panglima Angkatan Tentera calon PRK Kemaman

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan keputusan meletakkan bekas Panglima ATM berusia 65 tahun itu dipersetujui pimpinan Dewan Tertinggi BN serta pemimpin akar umbi BN di Parlimen Kemaman, katanya pada Majlis Pengumuman Calon BN bagi PRK Parlimen Kemaman di Menara Dato’ Onn, sebentar tadi.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari penamaan calon bagi PRK Parlimen Kemaman dijadualkan pada 18 November depan, hari mengundi awal pada 28 November dan hari mengundi pada 2 Disember.

PRK Parlimen Kemaman diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili Pas setelah pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan berlaku perbuatan rasuah dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.

Sebelum ini, Pas pada 3 Oktober lalu memutuskan untuk tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan petisyen berkenaan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo