NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Beri kuota benih padi kepada pihak uruskan sawah - Sanusi

Sanusi saran kuota benih padi sah (BPS) diberikan kepada pihak yang menguruskan sawah sepenuhnya. Gambar kecil: Sanusi


ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyarankan agar kuota benih padi sah (BPS) diberikan kepada pihak yang menguruskan sawah sepenuhnya dalam menangani isu kekurangan atau kelewatan bekalan benih.

Beliau mendakwa, kuota yang diberikan kepada kerajaan kepada syarikat (kilang) menyebabkan masalah terus berulang sehingga menyebabkan segelintir pihak menjual pada harga lebih tinggi daripada harga subsidi.

Menurutnya, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) harus serius menangani perkara ini kerana masalah tersebut berulang setiap tahun.

"Sebab itu timbul masalah benih padi, ada jual antara RM50 hingga RM70 sedangkan harga subsidi RM45, hal-hal ini bersabit dalam petak KPKM, saya beritahu dah yang ini pun ada kartel, di semua peringkat kena perangi,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman pada Rabu.

Sanusi berkata, apa yang berlaku ialah hanya 27 peratus kuota BPS ketika ini diberikan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), sementara 63 peratus lagi kepada syarikat yang tidak menguruskan sawah.

"Saya dah bersuara banyak kali, apa saya cakap ambil perhatian, cakap banyak kali ulang benda sama, tapi tindakan tak ambil. Mereka pula ‘bantai’ Kedah, tak tahu bidang kuasa itu bawah kementerian," jelasnya.

Menurutnya lagi, agihan benih padi juga perlu dilakukan secara konsisten mengikut negeri berikutan jadual penanaman tidak sama.

"Kalau saya boleh bagi kuota benih itu berselerak (tabur) dah ada dalam bendang, sebab itu jangan bagi syarikat kilang yang tak ada sawah padi. Tiga tahun dah saya ulang mereka tak mahu dengar," katanya.

Sanusi berharap perkara itu dapat diselesaikan segera oleh kerajaan bersama Pengerusi MADA, Datuk Dr Ismail Salleh agar pengagihan BPS lebih tersusun.

“Rancanglah bagi elok supaya tidak berlaku kelewatan agihan kepada pesawah sehingga menyebabkan mereka tanggung beban.

"Mereka sudah jadi kerajaan, jangan cakap pandai tetapi nak buat kerja ‘kelupuq’ merata. Dulu bolehlah masuk campur masa pengerusi MADA dilantik kalangan menteri besar, tak silap zaman Datuk Najib Tun Razak sebelum dipinda,” jelasnya.

Menurutnya, kini menteri besar tidak mempunyai kuasa selepas akta berkenaan memperuntukkan jawatan berkenaan diberikan kepada individu yang dilantik oleh kerajaan Persekutuan dengan perkenan Yang di Pertuan Agong.


Sumber I Sinar Harian 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo