Anwar Ibrahim bersama Jemaah Menteri yang dibentuk daripada gabungan beberapa parti selepas PRU15. |
PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak perlu lagi terlalu berhati-hati dalam mendukung reform sehingga ke tahap tidak melaksanakannya, kata penganalisis politik.
Felo Majlis Profesor Jeniri Amir, berkata kebergantungan Anwar kepada sokongan beberapa parti dalam kerajaannya tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk melakukan keputusan sukar walaupun dianggap tidak popular oleh sekutunya.
“Jenama dan platform Anwar adalah reform. Apa reform yang telah dilaksanakan setakat ini?” kata Jeniri. “Di mana pula pemansuhan undang-undang drakonian, pemisahan peranan peguam negara dan pendakwa raya, reform berani seperti pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen?”
Jeniri berkata, ia termasuk tiada pengisian jawatan menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup. “Ia dibiarkan kosong sehingga tiga bulan. Itu mudah sebenarnya, lantik sahaja,” katanya.
Katanya, Anwar tidak sepatutnya berkompromi dalam prinsip asas walaupun berkompromi adalah normal dalam politik. “Beliau perlu lebih tegas,” kata Jeniri. “Jika tidak, ia akan menjejaskan jenama peribadi dan sokongan terhadap Pakatan Harapan.”
Minggu lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menggambarkan Anwar tidak begitu tegas dalam pimpinannya. Tunku Ismail berkata, Anwar perlu lebih berani apabila membuat keputusan kerana beliau tahu tidak boleh menyenangkan semua pihak.
Seorang lagi penganalisis politik, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, berpandangan kedudukan sukar Anwar susulan pembangkang Perikatan Nasional akan menentang apa jua reform yang bermakna.
“Semestinya reform akan digambarkan sebagai menyanggah kepentingan Melayu dan Islam, dan ini memberi kesan kepada Anwar dan gabungan perpaduan dipimpinnya,” katanya.
“Saya percaya itulah sebabnya Anwar belum lagi melaksanakan reform walaupun beliau dikenali sebagai reformis.”
Oh berkata, Anwar perlu lebih tegas dalam perkara ekonomi walaupun jika beliau terpaksa menangguhkan reform yang mungkin tidak popular dari segi politik.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment