Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad dilaporkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru hingga menyebabkan kegagalan fungsi organ dalaman. |
PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.40 malam ini selepas beberapa hari dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultan Ismail Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Berita pemergian Suhaimi, 43, itu dikongsikan anggota In-Team, Hazamin di Instagram miliknya.
“Sahabat kami, Suhaimi Saad telah kembali ke penciptanya jam 7.40 malam tadi. Mohon semua mendoakan almarhum dan sedekahkan bacaan Al-Fatihah.
“Semoga Allah mengampuninya dan mengumpulkan rohnya bersama para solihin,” katanya.
Suhaimi yang juga suami kepada penyanyi Ina Naim sebelum ini dilaporkan terpaksa ditidurkan dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan selepas dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu.
Menurut Harian Metro, Suhaimi dikatakan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru sebelum merebak hingga menyebabkan kegagalan fungsi organ.
Suhaimi sebelum ini dilaporkan mengalami batuk kronik sejak empat bulan lalu dan cirit-birit selama tiga bulan sehingga berat badannya turun mendadak.
Pasangan berkenaan yang berkahwin pada Ogos 2007 dikurniakan empat cahaya mata.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment