Chow Kon Yeow berkata Pulau Pinang tidak bercadang memberi keistimewaan tambahan kepada bekas ketua menteri, selain pencen diterima mereka. (Gambar Facebook) |
GEORGE TOWN: Bekas ketua menteri patut menyokong kerajaan negeri dipilih rakyat sepenuhnya, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam sidang DUN hari ini.
Katanya, mereka patut berbuat demikian dengan menghormati semua keputusan, hala tuju dan corak pentadbiran demi kepentingan rakyat serta kedaulatan Pulau Pinang.
Adun Padang Kota itu berkata, kerajaan negeri sentiasa terbuka menerima teguran dan kritikan mana-mana pihak melalui saluran betul serta rasmi.
Katanya, kritikan demikian dianggap semak dan imbang yang boleh memanfaatkan negeri dan menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
“Bagaimanapun, sebarang usaha campur tangan dan mempengaruhi keputusan kerajaan negeri harus dielakkan kerana ianya akan merencatkan segala usaha dan perancangan kerajaan demi kebaikan rakyat di Pulau Pinang.”
Beliau menjawab soalan Lee Khai Loon (PH-Machang Bubuk) berhubung peranan dimainkan bekas ketua menteri demi kepentingan rakyat Pulau Pinang.
Tak cadang beri keistimewaan tambahan
Chow berkata, kerajaan negeri tidak bercadang memberi keistimewaan tambahan kepada bekas ketua menteri, selain pencen diterima mereka berdasarkan Enakmen Persaraan dan Elaun negeri.
Katanya, enakmen itu memastikan semua Adun, termasuk yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri layak mendapat pencen selepas bersara.
“Setakat ini, tiada cadangan melihat sebarang keistimewaan (tambahan) yang boleh dipertimbangkan untuk bekas ketua menteri,” katanya menjawab soalan tambahan Ong Ah Teong (PH-Batu Lancang) mengenai keistimewaan tambahan buat bekas ketua menteri seperti pemandu peribadi.
Menjawab soalan tambahan Wong Yuee Harng (PH-Pengkalan Kota), Chow berkata, kerajaan negeri tidak bercadang menyemak semula gaji RM14,000 yang diberikan kepada ketua menteri kerana kadar itu ditetapkan untuk 20 tahun, menurut semakan terakhir 10 tahun lalu.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment