Mohamad Taufek, Mk Ibrahim
Mohamad Taufek, Mk Ibrahim

SEREMBAN - Selepas didakwa 'menghilangkan' diri kerana tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani disahkan keluar Parti Amanah Negara (Amanah).

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk Mk Ibrahim Abd Rahman kepada Sinar Harian pada Selasa selepas mesej makluman tindakan Mohamad Taufek berkenaan telah tersebar.

"Beliau (Mohamad Taufek) tidak ada menghubungi saya secara peribadi memaklumkan keputusan itu tetapi menghantar mesej di kumpulan WhatsApp parti dalam jam 6 petang semalam (Isnin).

"Dalam kenyataannya, beliau beritahu telah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung parti bahawa mulai 20 November, beliau dan isteri tidak lagi jadi ahli parti," katanya.

Sumber : SH