Annuar Musa berkata kerajaan menjadi pemangkin dan penganjur kepada ‘melompat tanpa lompat parti’ akan memakan diri sendiri. |
PETALING JAYA: Menganjurkan wakil rakyat membelakangkan parti dan menyokong pemimpin parti lawan boleh menyebabkan jatuhnya sesebuah kerajaan, kata pemimpin baharu PAS, Annuar Musa.
Ahli jawatankuasa PAS pusat itu malah menyifatkan situasi sebegitu sebagai “melompat tanpa lompat parti”, dan memberi amaran menerima tindakan sebegitu bakal “memakan diri” suatu hari nanti.
“Apa kata sekiranya selepas ini ramai Ahli Parlimen mengambil sikap yang sama, tidak lagi menyokong penyandang dan memilih pula perdana menteri ke-11 tanpa mengikut pendirian parti?
“Ia bukan lagi sesuatu yg mustahil kan?” kata Annuar di Facebook, sambil berkata kerajaan menjadi pemangkin dan penganjur “melompat tanpa lompat parti” akan memakan diri sendiri.
Kata bekas Ahli Parlimen Ketereh itu lagi, jelas undang-undang antilompat parti gagal mengekang perbuatan “lompat-melompat”.
Sehingga kini seramai empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional menyatakan sokongan secara terbuka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, iaitu Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Zahari Kechik (Jeli).
Zahari berkata beliau mahu memastikan rakyat Jeli tidak menjadi mangsa keadaan dan tidak ketinggalan menerima semua bentuk pembangunan dan bantuan daripada kerajaan pusat.
Sebelum itu, Suhaili memaklumkan sudah menerima peruntukan bagi kawasannya.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment