NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anjur Sukma 2028, Kelantan bincang garis panduan patuh syariah dengan KBS, MSN

Kerajaan Kelantan akan berbincang dengan KBS dan MSN berhubung pemakaian patuh syariah bagi acara Sukma seperti akuatik dan gimrama.


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung garis panduan pakaian sukan patuh syariah bagi Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan dianjurkan di negeri itu pada 2028.

“Terdapat acara-acara sensitif yang perlu dibincangkan melibatkan pemakaian secara patuh syariah seperti akuatik dan gimrama,

“Oleh itu, kerajaan negeri akan membincangkan perkara ini dengan kementerian,” kata Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan Zamakhshari Muhamad.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Rodzi Ja’afar (PAS-Gaal) pada sidang DUN Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Mohd Rodzi bertanya sama ada kerajaan boleh memastikan atlet-atlet daripada negeri lain yang menyertai Sukma juga patuh syariah.

Zamakhshari berkata, usaha itu turut dibantu Adun Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim.

Tambahnya, kerajaan Kelantan akan memanfaatkan peruntukan RM276 juta daripada kerajaan pusat, antaranya untuk membina enam fasiliti di Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh dan sebuah pusat akuatik di Madinah Al-Salam, Tunjong.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo