NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ancaman bom nuklear di Gaza sangat membimbangkan - Maldives

Kerajaan Maldives pada Isnin mengutuk tindakan Israel yang mengancam mahu menggunakan bom nuklear terhadap Gaza. 


NEW DELHI - Kerajaan Maldives pada Isnin mengutuk tindakan Israel yang mengancam mahu menggunakan bom nuklear terhadap Gaza.

"Kenyataan itu amat membimbangkan, terutama Israel sudah pun menceroboh dan membunuh orang awam yang tidak bersalah di Palestin," kata kerajaan Maldives dalam satu kenyataan.

Kemarahan antarabangsa semakin meningkat ekoran Israel terus mengingkari gesaan supaya menghentikan pengeboman yang dilakukan sewenang-wenangnya terhadap 2.3 juta penduduk Gaza.

Penyokong utama Israel, Amerika Syarikat, Britain dan Kesatuan Eropah juga menghadapi tekanan yang semakin meningkat supaya menghentikan malapetaka kemanusiaan di Palestin.

Ramai yang membangkitkan sikap doublespeak Barat mengenai hak asasi manusia dalam sokongan mereka terhadap Israel.

Menteri Luar Sri Lanka, Ali Sabry berkata: "Pakatan secara kolektif dunia kononnya bertamadun, menindas manusia paling malang di bumi... di manakah negara-negara yang mendakwa memperjuangkan hak asasi manusia.

"Keputusan terpilih dan tersirat anda tidak mengejutkan sama sekali," kata Sabry.

Israel telah memusnahkan sejumlah besar sekolah, masjid, kawasan kejiranan dan hospital di Gaza.

Ambulans yang membawa mangsa turut menjadi sasaran tentera udara Israel.

Ancaman nuklear oleh menteri Israel itu telah mencetuskan lebih banyak kebimbangan di Asia Barat dan kemungkinan akan menyebabkan konflik serantau yang lebih meluas. - Bernama







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo